Wednesday, January 7, 2009

Hari Pertama di Alam Persekolahan - 06/01/2009

Hari pertama datang kesekolah semua berjalan dengan lancar.
Ada pelajar yang suka ada yang menangis, biasalah pelajar baru
mula-mula masuk ke sekolah. Pelajar lama pulak mungkin kerana
terlalu lama cuti sekolah ada yang masih malu-malu lagi.
Tapi bagi kami guru-guru di CADS mengharapkan
tahun ini adalah tahun yang lebih baik dari
tahun-tahun yang lepas.

Monday, January 5, 2009

Hari Pendaftaran - 05/01/2009

Alhamdulilah pelajar yang berdaftar di sekolah kami begitu
memberangsangkan. Disini pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih
diatas segala kerjasama dari semua pihak terutama sekali para ibu bapa dan
juga seluruh kakitangan sekolah. Kepada ibu bapa, terima kasih kami ucapkan kerana
memilih sekolah kami sebagai destinasi anak anda belajar dan bermain di sini.

Hari Pendaftaran...

Salah-seorang Ayah menaip e-mail beliau,
tujuan kami meminta para ibu bapa menaip e-mail untuk
memudahkan kerja harian pihak sekolah dengan ibu bapa dan sebaliknya.
Sebarang maklumat akan kami beri melalui e-mail.

Cik. Hidayah atau dikenali sebagai Cikgu Hidayah adalah
seorang Occupational therapist1.

Pn. Zaita berbincang dengan Datin Salmi (President CADS) mengenai
pembayaran dan aktiviti.

Align Center
Ibu Bapa pelajar mendengar dan berbincang dengan Guru Kelas.

Pelajar baru mencuba T-shirt sekolah.


 
CADS Enhancement Centre © 2008 ♥ Template by B.K