Wednesday, January 7, 2009

Hari Pertama di Alam Persekolahan - 06/01/2009

Hari pertama datang kesekolah semua berjalan dengan lancar.
Ada pelajar yang suka ada yang menangis, biasalah pelajar baru
mula-mula masuk ke sekolah. Pelajar lama pulak mungkin kerana
terlalu lama cuti sekolah ada yang masih malu-malu lagi.
Tapi bagi kami guru-guru di CADS mengharapkan
tahun ini adalah tahun yang lebih baik dari
tahun-tahun yang lepas.

Monday, January 5, 2009

Hari Pendaftaran - 05/01/2009

Alhamdulilah pelajar yang berdaftar di sekolah kami begitu
memberangsangkan. Disini pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih
diatas segala kerjasama dari semua pihak terutama sekali para ibu bapa dan
juga seluruh kakitangan sekolah. Kepada ibu bapa, terima kasih kami ucapkan kerana
memilih sekolah kami sebagai destinasi anak anda belajar dan bermain di sini.

Hari Pendaftaran...

Salah-seorang Ayah menaip e-mail beliau,
tujuan kami meminta para ibu bapa menaip e-mail untuk
memudahkan kerja harian pihak sekolah dengan ibu bapa dan sebaliknya.
Sebarang maklumat akan kami beri melalui e-mail.

Cik. Hidayah atau dikenali sebagai Cikgu Hidayah adalah
seorang Occupational therapist1.

Pn. Zaita berbincang dengan Datin Salmi (President CADS) mengenai
pembayaran dan aktiviti.

Align Center
Ibu Bapa pelajar mendengar dan berbincang dengan Guru Kelas.

Pelajar baru mencuba T-shirt sekolah.


Tuesday, December 30, 2008

Meeting - 30-31/12/2008



Semalam dan hari ini para guru telah
mengadakan perbincangan sempena
pembukaan sekolah pada 05/01/2009.
Alhamdulilah semua berjalan dengan lancar.


Thursday, December 18, 2008

Membuat laksam Terengganu - 14/11/2008

Pada tanggal 14/11/2008. Iaitu hari terakhir persekolahan pada tahun 2008,
CADS Enhancement Centre telah mengadakan aktivity bersama-sama pelajar iaitu
membuat laksam Terengganu. Semasa aktivity ini dijalankan para pelajar juga dapat
mempelajari cara-cara membuat laksa Terengganu dan mereka juga dapat
belajar menolong sesama kawan-kawan, cikgu dan juga masyarakat.
Matlamat kami kepada para pelajar adalah; para pelajar dapat memupuk
semangat tolong menolong antara satu sama lain tanpa mengenali erti umur,
bangsa,agama dan juga pangkat.

Cikgu Hidayah & Ammar, membuat mee laksam

Pelajar Perempuan membantu cikgu mengasingkan daun kesum

Faris, menolong cikgu memasak laksam

Pelajar Perempuan mengeluarkan isi ikan sardin

Dari kiri : Anis, Syafiqah & Nadhirah

Monday, December 8, 2008

Aktivity membuat kuih hari raya - 24/09/2008

Pada tanggal 24.09.2008,CADS Enhancement Centre (CEC) telah mengadakan aktivity bersama-sama pelajar iaitu membuat kuih raya. Pada hari itu kami membuat kuih raya yang diberi nama "Lebaran Cookies". Aktivity yang dijalankan bertujuan untuk mengajar pelajar cara-cara membuat kuih raya dan juga boleh meningkatkan perkembangkan "eye hand coordination", "fine motor skills" dan "gross motor skills" kepada pelajar.







Sunday, December 7, 2008

Solat Time

"Solat Itu Tiang Agama" rutin harian pelajar-pelajar ini setiap hari adalah
solat zohor di sekolah. Pelajar akan solat secara berjemaah bersama-sama.
Dengan bersolat juga pelajar dapat belajar bertapa pentingnya solat di dalam
kehidupan kita kerana solat juga wajib bagi insan yang beragama Islam.

Open Day - 19/11/2008

"Open Day" adalah hari bertemu dengan ayah dan ibu pelajar.
Pada hari berkenaan guru serta ayah dan ibu pelajar dapat mengenali
antara satu sama lain. Tujuan hari ini diadakan kerana ayah dan ibu
akan mengetahui sejauh mana kemajuan anak mereka.

 
CADS Enhancement Centre © 2008 ♥ Template by B.K